Monday, December 19, 2011

once upon a time..

ok2, saya dh lama tak jenguk2 sini..
sekarang ni sgt la busy dengan praktikal.. kt Pusat Perkembangan Akuakultur Jitra..
tapi, malam td tetiba aku teringat nak tulis sesuatu.. terkenang hal2 dulu dan hal2 sekarang
for your info la, aku ni seorang yg sangat la loklaq (bagi yg x memahami sila rujuk kamus dewan dan pustakaq)
kalau dapat ja barang tak kira mahal or murah aku mesti rosakkan barang tu.. antaranya, handset abang aku beli ori aku rosakkan hanya dlm masa 2 minggu (macam iklan fair n lovely lak.. ngeeee), kereta aku (KDB 8088) aku eksiden dlm masa 2 bulan lepas beli... dan mcm2 lgi benda yg sebenarnya aku tatang bg minyak yg penuh tp apakan daya minyak tumpah ke lantai juga..
hehehe.. ok2..
once upon a time, masa tu aku umur 10 tahun.. aku ni suka pakai jam.. satu aritu mak aku belikan aku jam yg berharga rm19.. bagi aku time tu jam tu mahalll sgt.. selalu kn pakai yg rm5 yg ada penutup kepala ultramen.. bila dapat yg smart skit aku pon menjaga la bagaikan bapa penguin menjaga telur2 beliau.. tapi, dlm 2 3 hari jam tu rosak.. sebabnya aku tak ingat dh.. kih3
so, aku pon menangis la kt luar rumah (slow2 ja, takot kena kurung)
then datang lah abang ku nan sorang.. dia pon pujuk2 la aku.... dia cakap nanti beli la yg mahal2.. payah rosak sikit.. 
tp apakan daya, aku hanyalah insan yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

ahaa, ni aku dgn my bro..

now...

dlm bulan jun aritu,  abang aku dh poskan aku jam jenama Casio Baby-G.. harga time tu rm350 ( skrg ni dh urun rm290).. betapa hepinya aku taktala itu.. THANKS BRO.. kebetulan abg aku ni wat part time jadi agent jam g-shock.. so, satu family dpt brand casio... and sampai sekarang (dh setengah taon) jam ni masik molek di jaga olehku.. semoga hingga ke akhirnya ^_^
ni la jam kesayangan aku

Wednesday, October 19, 2011

Kenapa org ramai buat tak tau bila dilanggar di China?


OK, aku rasa ramai dah yg dah tengok video pasal sorang budak di China yang dilanggar dua kali, and orang yang lalu lalang kat situ buat derkk ja..

dan video yang tersebar kt youtube, facebook dan laman web sosial yg lain ni menyebabkan ramai yang memaki hamun, mencaci dan sewaktu dengannya.

sebenarnya tak leh jugak nak salahkan orang yang lalu lalang tu.. ada sebab kenapa mereka ignore budak tu.. menurut beberapa sumber yang aku baca:
Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
 Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.
 

Durian Dalam Durian

aku rasa kat Malaysia ni ramai yg ternanti-nanti nak makan durian kalau dah masuk musim buah.. aku pun sama la.. tapi sejak aku study kt rantauan ni, jarang aku dapat makan durian free.. at least rm10 skilo la utk durian kampung.. kalau durian siam mahal sikit.. kadang2 kalau tgh musim pokai tu tahan bau ja la.. terliur gak la.. tapi selalunya aku pecut ja pi Pasar Payang beli sebijik jadi la..

tapi kan, se 'addicted' aku dgn durian kan, tak penah plak aku jumpa buah durian yang pelik camni.. cuba tengok...

Durian dalam durian.. comel ja kan?
apa-apa pun, tak ada yang mustahil dalam dunia ni.. inilah tanda kebesaranNYA..

Tuesday, October 18, 2011

Perkahwinan Kanak2 (EDISI KINI)

Sebenarnya saya tertarik dengan artikel yg saya baca baru-baru ni pasal perkawninan kanak-kanak.. hurm, kesian buadak-budak ni..

Mereka sepatutnya bermain, belajar dan berseronok menempuh zaman kanak-kanak. Malangnya, kanak-kanak itu, dengan ada yang semuda lima tahun, dikahwinkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara rahsia.

Perkahwinan seumpama itu dianggarkan berlaku kepada 10 juta hingga 12 juta kanak-kanak di negara sedang membangun setiap tahun.

Di India, kanak-kanak perempuan biasanya dikahwinkan dengan budak lelaki berusia empat atau lima tahun lebih tua daripada mereka. Namun di Yaman, Afghanistan, Habsyah dan beberapa negara lain yang kadar perkahwinan pada usia muda lebih tinggi, si suami biasanya adalah pemuda, duda berusia pertengahan tahun atau penculik yang merogol kanak-kanak itu dan kemudian menuntut mangsa menjadi isterinya.

Sebahagian daripada perkahwinan itu juga membabitkan urusan perniagaan atau untuk menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga.

Kahwin paksa pada usia muda berlaku di kebanyakan tempat, selalunya bertentangan dengan undang-undang negara.
Namun bagi masyarakat yang mengamalkannya, ia dianggap cara paling sesuai untuk pendewasaan seseorang gadis. Bagi mereka, ia lebih baik daripada dia hilang keperawanannya kepada orang lain sebelum berkahwin.

Majlis perkahwinan biasanya diadakan pada tengah malam dengan seluruh kampung merahsiakannya kerana bimbang diserbu polis.
Dalam satu projek khas untuk majalah National Geographic, wartawan Cynthia Gorney dan jurugambar Stephanie Sinclair mengunjungi Yaman dan Rajashtan di India untuk menyiasat amalan mengejutkan itu.

Di India, gadis tidak boleh berkahwin sebelum mencecah usia 18, tetapi majlis membabitkan kanak-kanak perempuan berusia awal belasan tahun mungkin dilakukan secara tersembunyi.

Anak perempuan yang dalam usia muda, dengan ada yang berumur lima tahun, ‘ditumpangkan’ untuk dikahwinkan pada satu majlis perkahwinan dengan nama mereka tidak diselitkan dalam jemputan perkahwinan.

Dalam satu kes di Rajashtan, ketika kakaknya berusia belasan tahun dikahwinkan, seorang pengantin kanak-kanak berusia lima tahun, Rajani, tertidur sebelum majlis bermula.

Rajani, 5, dikejutkan daripada tidur dan didukung bapa saudaranya untuk dikahwinkan.
Seorang bapa saudaranya mengangkatnya dari katil dan mengendongnya di bawah sinaran cahaya bulan, menuju ke tempat paderi dan bakal suaminya — budak lelaki berusia 10 tahun — menunggu.

Meskipun pengantin kanak-kanak ditetapkan akan kekal bersama keluarga masing-masing sehingga mereka lebih dewasa, ia jarang diamalkan.

Tiga tahun lalu, kes membabitkan Nujood Ali menjadi tumpuan seluruh dunia. Gadis Yaman berusia 10 tahun itu berjaya melarikan diri meninggalkan rumah, menuju ke mahkamah untuk memohon cerai daripada suaminya, lelaki berusia 30-an yang sering memukulnya selepas dia dikahwinkan secara paksa oleh bapanya.

Buku Saya adalah Nujoo
 Dia menjadi gadis poster untuk kanak-kanak di seluruh dunia yang senasib dengannya. Buku terbaru mengenainya — ‘Saya Nujood, 10 tahun dan janda’ — diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.

Nujood kini tinggal semula dengan keluarganya dan menyambung persekolahan.

Tidak semua gadis berjaya menyelamatkan diri seperti Nurood. Sebahagian mereka yang berkahwin ketika kanak-kanak sudah pasti tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pelajaran.

Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka menerima kesan lebih buruk. Ramai diperkosa dan mempunyai jangka hayat rendah kerana melahirkan beberapa anak pada usia sangat muda.

Mereka juga mengalami penderaan fizikal dan terlalu takut untuk melarikan diri kerana diancam bunuh.

Dalam satu lagi kes di Yaman, kanak-kanak perempuan, Ayesha, 10, dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 50 tahun.

Wartawan itu diberitahu oleh kakaknya, Fatima, Ayesha menjerit apabila melihat lelaki yang hendak dikahwinkan dengannya.

Ada jiran membuat laporan polis, namun bapa Ayesha memaksanya memakai kasut tumit tinggi supaya dia kelihatan tinggi dan memakai purdah supaya wajahnya tidak dapat dilihat.

Si bapa memberi amaran, jika dia dipenjara, dia akan membunuh Ayesha apabila dibebaskan kemudian. Polis meninggalkan rumah lelaki itu tanpa menahan sesiapa dan Ayesha kini tinggal bersama suaminya di kampung yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari rumah keluarganya.

“Dia mempunyai telefon bimbit. Setiap hari dia menelefon saya, dan dia pasti menangis,” kata Fatima.

Kesan kesihatan sangat serius dan dalam beberapa kes, ia menyebabkan maut.

Seorang doktor di Sanaa, ibu negara Yaman, menyenaraikan beberapa kesan kesihatan terhadap kanak-kanak perempuan yang dipaksa mengadakan seks dan padah akibat melahirkan anak ketika mereka belum dewasa daripada segi fizikal.

“Kanak-kanak perempuan memang terlalu muda untuk memahami konsep hamil. Menurutnya, ada yang tidak tahu mengenai bayi di dalam perut mereka ketika mengandung,” katanya.

Tidak ramai yang dibekalkan dengan maklumat mengenai penjagaan diri dan anak yang baru dilahirkan, menyebabkan peningkatan kadar kematian di kalangan bayi.

Aktivis yang berusaha menghalang perkahwinan kanak-kanak dan meningkatkan kualiti kehidupan wanita sedar betapa sukarnya untuk menyelamatkan mangsa.

Molly Melching, pengasas Tostan, sebuah pertubuhan yang berpusat di Senegal, memberitahu National Geographic: “Jika kita pisahkan seorang gadis dan memencilkannya dari masyarakatnya, apa akan berlaku dengan kehidupan mereka? “Anda tidak boleh menggalakkan kanak-kanak perempuan melarikan diri. Anda tidak boleh menangani kes perkahwinan kanak-kanak itu dengan memerangi atau memalukan orang ramai dan berkata mereka ketinggalan zaman. “Usaha perlu dilakukan untuk mengubah seluruh masyarakat. Dan jika itu berjaya, amalan itu pasti dapat dihapuskan.”

Di Malaysia:

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan lelaki yang berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun di negeri ini baru-baru ini umpama orang yang 'lapar' sunah Nabi.


Di samping menyatakan kekesalannya, beliau berkata, alasan bahawa Nabi Muhammad sendiri mengahwini isterinya Siti Aisyah yang berusia 10 tahun tidak boleh diambil kira sebagai mengikut sunah.

Tok Guru
Katanya, tidak semua sunah boleh diikuti umat Islam kerana ia mesti diselarikan dengan budaya setempat.

"Benar, Nabi kita berkahwin dengan Siti Aisyah (umur 10 tahun). Tetapi benda lagu ini, macam pakaian, sunah Nabi adalah kita pakai menutup aurat.

"Nabi pakai seluar atau pakai sarung itu terserah kepada budaya kita, ada benda kita wajib turut dia (Nabi Muhammad), ada benda tidak perlu kita turut.

"Orang ni (yang mengahwini kanak-kanak tersebut) sengaja macam 'lapar' sunah Nabi, pada hal banyak lagi benda lain yang tak diturut pun," katanya.

Media ada melaporkan tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun pada tahun lepas.

Ia kes kedua dalam masa terdekat membabitkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur di negeri ini apabila seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas sebelum itu.

Tegas Tok Guru perkahwinan dengan kanak-kanak seperti dalam dua kes tersebut tidak sepatutnya berlaku walaupun ia sah dari segi syarak.

Katanya, peraturan perkahwinan yang sudah ditetapkan dalam Enakmen Keluarga Islam Kelantan yang mensyaratkan umur minimum 16 tahun bagi perempuan sepatutnya diikuti bagi kesempurnaan perkahwinan dan zuriat.

"Dari segi syarak sah, tetapi perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kita berkahwin bukan sekadar mahukan perempuan tetapi mahukan zuriat. Mana boleh perempuan berumur 11 tahun melahirkan zuriat?

"Manusia ada yang boleh beri faedah dan ada yang tidak, macam kita makan durian, kita makan isi sahaja, kulit kita buang, pulur dia kita buang, butir kita buang, manusia pun begitu juga.

"Oleh yang demikian kahwin dengan budak umur 11 tahun buat apa? Banyak lagi perempuan di Kelantan yang sudah cukup umur kenapa tak kahwin dengan dia?" katanya.

Sumber: Metro

Friday, August 12, 2011

LAGU SPONGEBOB VERSI UTARA....hahahah

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob...seluaq Petak!

Thursday, August 4, 2011

untitled

dalam hari rasa sakit tp tak terluah
orang tak akan paham, orang tak akan pandang...
3 tahun tu bukan satu masa yang lama..
tapi sia2..
aku taw sapa aku
dan sapa kamu..
kita tak serupa, tak sama
rama yang mendatang, tp hatiku satu..
tak mampu nak bg pada yg lain
kini semua dah berakhir..
bibir tersenyum, hati menangis...
YA ALLAH, kau kuatkanlah hatiku di Ramadhan ini..!!

Sunday, July 31, 2011

Bandung dan Jakarta.. 1 kenangan di tempat orang :)

assalamualaikum kwn2 (^^)Y

yoo.. (^_^)

huhuhu... mencuci blog yg sedang berkulat :)
hari cheq nk cerita pasal pengalaman cheq masa p Indonesia 2 minggu lepas.. cheq p ni under universiti.. Program Pengantarabangsaan  ke Universiti-universiti Indonesia anjuran MKK.. so, meh sini cheq nak story.. :)
Tapi sebenarnya aku pun dah ingat2 lupa nama2 tempatnya.. sebab masa kt sana kami keracunan makanan, so kurang enjoy jalan2.. so ini adalah secara ringkasnya...

tarikhnya 4 sampai 9 Julai.. kami bertolak dari 3 hb malam lagi, naik bus UMT.. dalam pukul 6 pagi camtu kami sampai kt LCCT.. flight pukul 10.45 pg.. so lepas solat subuh, kami pun lepak2 la dulu kt LCCT utk breakfast...  then, dalam pukul 9.30 pagi, kami pun masuk dalam flight..

     tengah excited.. depan orang ramai pon jadi.. hehehe        

kami smpai dalam pukul 12 lebih la.. then jalan2 la ke sekitar bandung ni.. dengan busuk2 and tak mandinya, kami di bawa oleh tour guide kami iaitu Pak Suria jalan2 ke sekitar Bandung..
 baru sampai lapangan terbang Bandung
 sempat pose g.. hehehe
 ni la nama airport ni...
 nasik padang
 ni kat rumah mode.. tempat shopping barang2 ori dgn harga yg murah, compare to malaysia la..
Jumpa lak Ikhwan Hot FM.. kat Malaysia tak penah jumpa lak.. huhu
ni kat rumah sate..

lepas jalan2, busuk2, baru la kami check in kat hotel.. Naval Hotel, Bandung.. hotel 3 bintang ja, tp service dia ok la.. cuma standard hotel 3 bintang dia sama dgn hotel 2 bintang kt malaysia la..

next day, lepas breakfast kt hotel, kami pun bergerak ke Institut Teknologi Bandung (ITB)















 lepas ja perbincangan tu, kami jalan2 sekeliling kampus ITB.. then lepas tu kami pun balik ke hotel utk tukar pakaian..bersiap-siap utk lunch dan mandi air panas di Tangkuban Perahu





cantik kan tempat ni.. makan nasik padang jugak...
lepas lunch, kami teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu.. ada kisah pasal Tangkuban Perahu ni.. excited sangat sbb dapat jalan2 sini sebab ni la 1st time aku tengok gunung berapi face to face.. apa pun dalam hati tetap bersyukur sebab Malaysia tak da gunung berapi sbb kesannya boleh memusnahkan kawasan setempat serta kehilangan nyawa dalam bilangan yg ramai..
Kawasan yang sangat sejuk, membolehkan penduduk setempat tanam pelbagai tanam yg tumbuh dalam suhu hawa dingin.. seperti stawberry dan raspberry..












 

lepas tu kami balik utk makan dan berehat untuk aktiviti keesokannya..




  Tempat shopping kek yg feymes.. Kartika Sari...
dan kami pun bertolak ke Jakarta...

melawat rumah2 etnik di sana








makan malam....







lepas tu check in kat Orchardz Hotel, Jakarta.. 


 keesokannya melawat Kedutaan Malaysia di Jakarta










melawat Universitas Trisakti...







sekitar bandar Jakarta...



ni kat salah satu shopping mall yg terbesar.. tak ingat dh nama.. hihi
airport!! nak balik Malaysia dah!!
pemandangan Jakarta dar atas flight
awan !!

MALAYSIA!!