September 2015
Assalamualaikum. Howdy readers!
Ya Allah, aku dah lama sangat tak
bukak blog ni. Tapi tak sangka bila aku bukak
semalam, dah 23 komen pasal entry aku “Kenapa
dengan Course Perikanan?”
Okeh, aku cuba jawab slow2. Tapi
memandangkan banyak soalan, aku decide untuk bukak satu entry baru mengenai
perikanan ni. Baru aku tahu, sebelum ni, tak ramai yang tulis pasal perikanan
ni.
Ok ok
So, aku dah cerita macam mana aku
pilih course ni time Diploma dulu. Mula-mula, masa aku masuk UMT, aku rasa
macam betul kah keputusan aku ni. Time tu aku dapat tawaran matrikulasi jugak.
Tapi entah kenapa, aku rasa aku sangat minat dengan UMT sebab bila google maps
UMT ni duduk betul2 sebelah pantai. Trust me, benda yang paling aku rindu
dengan UMT sekarang ni sebab pantai kat Terengganu ni even most of East Coast
beaches memang cantik baq hanggg ! Aku ni,biasa kat Kedah ada Pantai Merdeka
ja. Air dia pun tak adalah sebiru air kat pantai-pantai sini. So, bila aku dah
biasakan diri kat sini, aku jadi terlebih over excited plak tengok pantai dia. And
disebabkan aku ni Cik Nurrus si kaki makan, aku ni memang food hunter la. Tiap2
minggu ada ja port baru nak try.
For those yang teringin nak food
hunter, nanti aku cerita tempat mana bagus-bagus untuk makan. Tapi ni based on
personal taste la. Maybe taste hampa semua tak sama ye dokkk. Tapi nanti nanti
la tau. Aku cuba jugak tulis pasal ni nanti.
Ok ok
So aku cerita daripada diploma la
yep. Oh, lupa. Masa zaman aku dulu, diploma 3 tahun, but since 2014 onwards dah
dipendekkan menjadi 2 tahun. Kira untuk la hampa yang baru nak masuk ni. Untuk
first and second semester, kebanyakkan subjek adalah mengenai basic science dan
jugak basics in fisheries. So, kira macam intro la. Then bila dah second year
(Semester 3 and 4) you guys akan start belajar yang detail sikit pasal
fisheries ni. And ada beberapa mini project yang you guys kenal handle untuk
basic aquaculture (Aquaculture is culture of fish include fish, shrimps, crab
etc). So, untuk batch aku, kami diberi task untuk culture ikan keli dan udang
galah. In second year ni jugak, you guys dah kena ada matlamat. Sama ada nanti
bila dah degree, nak sambung course aquaculture atau fisheries. Ok, pasal ni
aku cerita jap lagi.
Ok, lepas habis empat semester
ini jugak, you guys akan ada latihan industri. Kira apa yang kita belajar kita
kena praktikal kat sini la. So, nanti kita diberi list untuk buat pilihan
tempat-tempat yang kita berminat untuk praktikal. Mostly, orang akan pilih
tempat yang dekat dengan rumah. Tapi, ada jugak yang suka berjalan, dia akan
pilih tempat yang jauh dari rumah. And of course, tempat-tempat ni tak
semestinya dalam Malaysia. Kita boleh mana-mana university di luar Negara yang
mana UMT ada buat MOU. Common countries: Indonesia, Japan Thailand and Vietnam.
Hah, satu lagi, masa diploma you
guys jangan risau. Kita tak kena buat thesis lagi. Nanti masa degree, ha hampa
bercinta la dengan journal bagai untuk siapkan thesis.
Ok, for those yang dah pilih
tempat praktikal swasta mungkin akan diserap masuk terus kerja. Bagi yang
berminat nak sambung belajar, kenq apply semula UPU. And make sure dah siap
MUET. Ok, bagi yang masih confuse, apa beza course Aquaculture dan Perikanan,
dalam syllabus ada juga subjek yang sama macam subjek-subjek basic pasal ikan
la. Cuma, dalam aquaculture lebih menekanan pasal culture la. Contoh pasal
culture plankton, pasal ekonomi akuakultur and beberapa subjek pasal fish
culture. Dan for fisheries, aku banyak belajar pasal kelautan. Termasuklah
haiwan-haiwan yang berkenanaan dengan laut ni. Contohnya, pasal oceanography
biology, pasal mangroves, seaweed, environmental impact, and beberapa subjek
pasal kualiti air specifically, pasal pollution la. And of course, wajib buat
final year project (thesis) dan latihan industry.
Tapi tapi tapi
Tak semestinya, hampa dah amik
Diploma Perikanan, maknanya dua subjek tu ja boleh pilih untuk sambung degree.
Ada ramai jugak junior mahupun sekelas pilih course lain. Ada yang pilih
biodiversti, sains biologi, biologi mari, marin science, fodd technology dan
beberapa course art lain. Maknanya, nanti bila dah masuk diploama perikan, and
hampa rasa tak minat dengan course ni, boleh ja nak amik course lain. Tapi,
mostly memang sambung perikanan dan akuakultur la.
Antara subjek bidang minor lain
dalam perikanan ni: permakanan ikan, pemprosesan produk akuatik (kelas makan2
ni), parasitology, virology, bacteriology, histology, ecology, invertebrates,
vertebrates, microbiology dan banyak lagi laaaa gy gy gy tuuu.
Dan dan dan,
Aku nasihatkan, hampa semua nanti
join la program-program dalam UMT ni. Sepanjang aku kat sini, terus terang aku
cakap, dah lima kali aku ke luar Negara. Indonesia, Vietnam dua kali, kemboja
and Thailand. Dan semuanya di taja sepenuhnya. Means bawak duit nak beli
cenderamata sajaaa. Macam mana aku buat? Maybe ke bukak entry baru kot nanti.
Hehe.
Kalau sebut pasal kerjaya, memang
rezeki tu ada kat mana-mana. Yang aku Nampak dalam bidang ni kebanyakkan dalam
sector swasta la. Kena pandai cari tempat latihan industry yang boleh offer
terus kerja. At least dah ada pengalaman nanti, boleh la start cari tempat yang
lebih baik. Bagi aku, mula-mula mungkin boleh timba pengalaman pasal cuture ni.
Lama-lama mungkin dah buleh bukak company sendiri ye dokk.
Bagi yang nak sambung master
plak, kena plan sama ada nak sambung coursework atau research. Untuk research,
hampa kena masuk kelas la selama setahun setengah. Kalau untuk research
bergantung kepada hampa la. Kalau rajin siap awal. Kalau malas, bertahun laa
nak grad.
So, actually semua ni atas diri
kita. kalau hampa confuse nak pilih course ni sebab malu dengan perkataan
‘ikan’, cuba bukak peti ais kat rumah ! ikan ada takk? Selalunya mesti ada,
kan? Terus terang aku cakap, sepanjang enam tahun aku dalam bidang ni, masih banyakkkkk benda aku tak tau. Sebab
banyakkkk sangat benda dalam perikanan ni.
Insha Allah another 18 months for my master. Doakan
aku, insha Allah aku doakan yang terbaik untuk hamppaaa nohh !
Hai akak... sy junior akak... ermm cite laa pasal fyp pulak...sy fyp sem depan tp still bengong takde arah tuju ni
ReplyDeleteYuran pengajian mcm mne ea??
ReplyDeleteGood luck for your future undertakings. Hope we can discuss and share more about aquaculture. Regards.
ReplyDelete