Sunday, September 13, 2015

[CERPEN] Main-main Cinta (Part one)


Main-main Cinta
oleh Cik Nurrus

******************

“Ini yang kau nak kan? Ok, fine. Aku ceraikan kau!’ lafaz Safuan yang membelakangi Nurain.

Suasana senyap seketika. Nurain memejamkan matanya lama. Ada air yang mengalir. Dibuka matanya perlahan-lahan. Seolah-olah ingin percaya, itu hanyalah mimpi ngeri di siang hari. Tapi, ternyata itu adalah realiti. Dia bukan bermimpi. Kedengaran hempasan pintu menandakan Safuan sudah berlalu dari ruang tamu itu.

Nurain memandang ke sekeliling ruang tamu rumah berkembar setingkat itu. Beberapa kertas berselerak di lantai. Pasu bunga kegemarannya sudah pecah berderai dek amukan Safuan sebentar tadi.

Dia mengeluh sambil mengesat air matanya. Berakhirnya perkahwinan yang baru berusia enam bulan itu. Perkahwinan atas dasar cinta, suka sama suka. Bukan atas paksaan sesiapa. Malah, mereka sanggup berkahwin dalam keadaan tiada kerjaya mahupun harta.

******************************
Zahara menggengam tangan kanan sahabatnya. Dia kagum melihat Nurain yang kelihatan tenang.

“Aku tumpang rumah kau sampai malam esok tau. Esok malam kau boleh tolong hantar aku ke terminal bas?” Nuarain masih beriak tenang. Zahara hanya mengangguk.

Are you sure you’re OK?” genggaman tangan Nurain dikuatkannya.

Of course,” Nurain senyum. Zahara tahu. Malah Zahara kenal siapa Nurain. Sahabatnya sejak zaman martikulasi ini memang pandai menyembunyikan riak wajahnya.

Of course I’m OK,” ulang Nurain sambil menundukkan mukanya.

"I'm OK," ulangnya perlahan.

Tiba-tiba kedengaran tangisan Nurain. Perlahan, namun kelamaanya semakin kuat. Zahara memeluk sahabatnya itu. Dia tahu, beban yang dirasai sahabatnya itu terlalu berat. Siapa mahu menjadi janda ketika umur 23 tahun?

That’s it. Come on, luahkan apa yang kau rasa. Lagi dipendam, lagi sakit,”

Semakin kuat tangisan Nurain. Tangisan yang telah ditahannya sejak pagi tadi. Sejak dia berazam, untuk tidak menangis setelah melangkah keluar dari rumah yang menjadi saksi cinta dia dan Safuan.
Zahara mengusap bahu sahabatnya itu. Sungguh dia masih tidak percaya. Nuarain dan Safuan yang digelar hot couple ketika mereka sama-sama menuntut ilmu di UKM dulu sudah bercerai? Susah nak percaya. Tapi Zahara tahu, itulah takdir Allah.

Dia masih ingat. Ketika orang lain meraikan kejayaan menghantar thesis projek tahun akhir, Safuan dan Nurain juga turut meraikan dengan perkahwinan mereka di usia muda. Di usia 22 tahun itu, mereka berjaya menyakinkan orang tua mereka bahawa mereka sudah mampu untuk melayari bahtera rumah tangga. Lima bulan bersama Nurain selalu menceritakan itulah detik paling indah dalam hidupnya. Namun entah kenapa, kebelakangan ini, ada sahaja yang tidak kena. Pertelingkahan sering berlaku antara mereka sehingga Nurain sudah beberapa kali mengadu kepadanya untuk bercerai. Langsung dia tidak duga peceraian ini berlaku akhirnya.

Tangisan Nurain masih kedengaran. Zahara yang selalunya asyik berceloteh tiba-tiba menjadi pendiam. Entah kenapa dia kematian kata-kata. Hanya berdoa supaya Nurain tabah mengahadapi dugaan bahawa dia sudah bergelar janda ketika berusia 23 tahun!

****************************
Enam tahun berlalu.

Assalamualaikum. My name is Nurain Binti Ahmad Isa. You may call me Dr. Nurain. So, I will be teaching you guys on Fish Disease. Hope we can cooperate together until the end of semester,” ucap Nurain kepada 56 pelajarnya yang kelihatan memberi perhatian kepada kuliahnya di hari pertama semester ini.

'Fuh, dekat 44 kali aku berlatih ayat ni depan cermin semalam, nasib baik tak tersasul,' bisik hatinya. Dia sudah berazam untuk memberi persepsi yang baik untuk kelas pertamanya harini.

Kelihatan ada beberapa orang yang berbisik-bisik di barisan belakang. Nurain hanya senyum. Teringat suasana sama ketika dia menjadi pelajar dahulu. Hari ini merupakan hari pertama dia menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Sudah pasti dia menjadi topik hangat hari ini. Siapa sangka, keputusannya untuk membawa diri ke bumi Terengganu ini membawa kejayaan kepadanya untuk menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD.

“OK, kalau tak ada soalan, kita boleh bersurai sekarang. Our class and lab will start on next week,” pengumuman daripada Nurain itu disambut dengan sorakkan beberapa orang pelajarnya. Seronok kerana kelas berakhir awal. Nurain hanya menggelengkan kepalanya.

‘Sebijik macam aku dulu-dulu. Kelas habis awal boleh dating awal,’ bisik hatinya mengingatkan dia juga pernah menjadi seorang pelajar. Ntah kenapa, sejak dua menjak ini, kenangan bersama Safuan sering kali menjelma. Malah, dia pernah bermimpi dia dan Safuan berjalan bersama-sama di tepi pantai berpegangan tangan. Seolah-olah percerain tidak pernah berlaku antara mereka. Cepat-cepat di menghalau lamunannya mengenai mainan tidur itu. Dia sudah dapat menerima takdir bahawa jodoh mereka tidak lama.

“Dr, saya class rep, “ seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling hadapan tadi sudah berada di hadapannya. Nurain hampir terlupa dia ada buat pengumuman untuk berjumpa dengan wakil kelas bagi memudahkan untuk menyampaikan apa-apa maklumat mengenai subjeknya.

Oh, give me your contact number. What’s your name, again?

“Hakim,”

*******************

“Assalamualaikum Dr. Nurain. Saya ada soalan ni, macam mana nak tengok ikan dalam akuarium saya ni jantan atau bertina?” kedengaran suara Zahara yang dibuat-buat dihujung panggilan. Apa la nasib aku dapat kawan macam ni, keluh Nurain.

“Itu kau tanya la Nujum Pak Belalang, Ahli Nujum Negara!” Nurain membalas. Kedengaran tawa terbahak-bahak Zahara di hujung talian. Zahara tahu, hari ini merupakan hari pertama Nurain bergelar pensyarah. Sengaja di menelefon Nurain untuk mengucapkan tahniah. Mereka berbual panjang memandangkan sudah lama tidak berbual disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Aku rasa kan, kalau Safuan tengok kau sekarang, mesti dia melutut cium ibu jari kau. Mesti dia nak kat kau balik lah !” kata Zahara dengan yakin.

“Kau ni kan. Dah la aku malas nak cakap dengan kau,” rajuk Nurain apabila nama Safuan dibangkitkan.

“Dengan kawan kau makan sepinggan, tidur sekatil, peluk sebantal busuk, mandi setandas, jalan sekasut ni pun kau nak merajuk?” suara Zahara kedengaran merajuk. Nurain ketawa. Zahara memang pandai mengambil hatinya.

“Sejak bila aku penah tidur kat bantal busuk kau tu. Muntah hijau la aku,” Nurain teringat bantal busuk yang sentiasa menjadi peneman Zahara sejak di masuk asrama tingkatan 1 lagi.

Zahara turut ketawa. Dipeluk bantal busuknya itu. Legend ni. Dah 16 tahun aku bela kau!

“Weh, aku rasa dah enam tahun benda ni jadi kan, boleh tak aku nak tanya?” Zahara menukar topik mengenai bantal busuknya. Mana boleh orang lain kutuk sayang aku ni!

“Tanya apa? Bila aku nak kahwin lagi ke?” ketawa Nurain masih bersisa. Dengan Zahara memang sukar untuk dia berahsia.

“Itu satu. Tapi aku tak nak tanya sekarang, sebab nanti kau tanya aku balik. Aku nak tanya pasal cerita kau dengan Safuan la,”

Go on.

“Apa sebanarnya yang terjadi? I mean, macam mana korang boleh bercerai. Salah siapa?” cungkil Zahara. Sungguh, soalan itu tak pernah terluah olehnya memikirkan perasaan sahabatnya itu yang masih terluka ketika itu. Namun, setelah melihat Nurain sudah berubah menjadi Nurain yang periang seperti dahulu, dia ingin tahu kenapa hot couple di dalam kelasnya dahulu berpisah secara tiba-tiba.

“Dua-dua salah,” Nurain membalas pendek.

What happened?” Zahara tidak berpuas hati dengan jawapan Nurain.

Too young, too dumb to realize,” lirik lagu When I was Your Men nyanyian Bruno Mars dinyanyikan Nurain. 

Zahara mengeluh perlahan. Dia faham, perkahwinan di usia muda bukanlah mudah sekiranya masing-masing tidak memahami dan mengalah. Namun, semuanya sudah terlambat. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang ditetapkanNya.

*******************

“So, I harap kita dapat bekerjasama. Work as a team,” dekan pusat pengajiannya mengakhiri perbualan panjang mereka. Sudah seminggu rupanya Nurain bergelar pensyarah.

“Insya Allah,” Nurain membalas pendek. Dia sungguh menyenangi dekan wanita itu yang sering memberi semangat kepadanya sejak dia sedang menyiapkan PhD lagi.

“By the way, since you dah lama kat sini, I nak you tolong pensyarah baru kita yang baru balik dari Tasmania. Dia tak pernah belajar kat UMT ni. Tunjukkan dia bilik-bilik kuliah dan makmal. Semester baru dah start, I takut di tersesat pula nanti,”pinta Prof. Zaleha lagi.

Sure, Insya Allah boleh Prof.,”ujar Nurain riang. Ada geng la aku nanti, bisik hatinya. Prof. Zaleha hanya mengangguk sebelum meminta diri kerana dia perlu ke bilik menyuarat untuk menghadiri mensyuarat penting.

“Oh, sebelum terlupa!” langkah Nurain terhenti. “I suruh Dr. Safuan ke office you waktu lunch nanti. Nanti, you bincang la dengan dia. Nak buat lawatan sambil belajar ke,” sambung Prof. Zaleha sambil ketawa kecil.

“Siapa?”

“Dr. Safuan,”

“Oh ok, thanks Prof.,” Nurain berlalu. Ish, tak sukanya aku orang nama Safuan ni. Perangai baran macam bekas laki aku habislah, keluh Nurain.


*************

Pintu bilik pejabat Nuarin diketuk. Mungkin lecturer baru tu kot, bisik hari Nurain.

“Aik, baru seminggu jadi lecturer dah workaholic ke? Come on, it’s 1.00 pm.” Ikmal menjengulkan kepalanya disebalik pintu.

“Kau tak payah terngendap-ngendap. Macam tak biasa. Masuk je la,” Nurain menutup fail yang dibeleknya tadi. Dia membalas senyuman Ikmal.

Lunch jom? Kau belanja,” Ikamal tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

“Amboi amboi. Kau tu dah tiga tahun jadi lecturer nak suruh aku yang tak sempat rasa gaji ni belanja jugak ke?” Nurain menjengilkan matanya. Dia tahu, Ikmal hanya bergurau. Bukan kali pertama mereka keluar makan bersama. Tak sempat dibayar, Ikmal dah siap bayar. Katanya, dia nak Nurain belanja tempat lagi mahal!

Ikmal ketawa perlahan,”Jom la, aku ada lab pukul 2.30 nanti,” Ikmal separuh merayu.

Belum sempat Nurain membuka mulut, pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.

Yes?”Nurain menguatkan suaranya sambil memberi isyarat kepada Ikmal untuk tunggu sebentar.

“Dr. Nurain?”pintu dikuak dan seseorang kelihatan sedang masuk.

Nurain terkedu. Seolah tidak pecaya melihat susuk tubuh yang tinggi itu dihadapannya.

“Dah betul la tu,” Ikmal menjawab setelah melihat Nurain seperti tekejut dengan kehadiran jejaka itu.

“Nasib baik betul. Saya tanya student kat luar tadi. Sebab Prof. Zaleha cakap office lecturer baru belum ada nama,”Safuan kelihatan lega.

“Dr. Ikmal,” Ikmal menghulurkan tangan sambil tersenyum mesra. Namun dalam hatinya masih berteka-teki. Siapa lelaki ni sampai Nurain terkejut semacam!

“Dr. Safuan. Saya baru lapor diri harini,” Safuan menyambut salam yang dihulurkan Ikmal.

“Dr. Nurain, kan?” Safuan mengalihkan pandangan kepada wanita yang masih diam membisu.

Nurain masih membisu. Diangguk perlahan. Aku ni salah orang ke? Kenapa dia macam tak kenal aku? Atau dia dah lupa aku?

“Prof. Zaleha suruh saya jumpa awak tadi,” Safuan tersenyum sambil cuba memulakan bicara setelah melihat Nurain seperti gelisah.

“Duduk lah. Ya, saya Nurain. Prof. ada cakap dengan saya tadi,” Nurain membalas lambat.

Safuan duduk. Namun, perlahan-lahan senyumannya mengendur. Dia mengerutkan dahinya sambil jari terlunjuknya diangkat ke Nurain.

“Kau?” Safuan seperti tidak pecaya.

“Apa kau buat kat sini?” Nurain membalas.

“Kau tu buat apa kat sini? Kau ? Lecturer?”kedengaran sinis suara Safuan.

Nurain mengetap giginya. Mentang-mentang aku dulu tak pandai macam kau, suka hati kau nak hina aku, jerit hati Nurain.

“Aku dah lama kat sini. Dah enam tahun. Kau tu nak ikut aku kenapa? Kau ni memang lahir untuk susahkan hidup aku, kan?” Nurain meninggikan suaranya. Sudah tidak diperdulikan Ikmal yang hanya menjadi pemerhati drama mereka berdua.

“Excuse me?” Safuan bangun dari kerusi sambil membuat muka tidak puas hati.

“Eh dah. Sudah.” Ikmal yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi memegang bahu Safuan yang kelihatan begitu berang dengan Nurain.

I don’t know what happened to both of you before. But, please calm down. Bincang elok-elok. Ni kenapa ni macam nak bertumbuk aku tengok?”Ikmal memberi isyarat supaya Safuan kembali duduk.

Nurain mengigit bibirnya. Ya Allah, dugaan apakah yang Kau beri disaat aku dah berjaya lupakan semuanya?

Tiba-tiba Safuan bangun dan memusingkan badannya untuk keluar. Namun dia menghentikan langkahnya dan kembali berpaling menghadap Nurain.

Get out,” belum sempat Safuan berkata-kata Nurain sudah menghalau bekas suaminya itu keluar. Dia memalingkan mukanya. Tak sanggup melihat wajah itu. Kedenagaran bunyi pintu dihempas.

I’m sorry you have to witness this,” Nurain senyum tawar.

Who is he?”

“My ex-husband”

Ikmal diam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakannya. Sungguh dia tidak pernah tahu yang Nurain pernah berkahwin. Yang dia tahu Nurain seperti tiada keinganan langsung untuk berkahwin. Tetapi tidak pernah pula sepanjang perkenalan mereka Nurain bercakap mengenai perkahwinan lamanya yang musnah.

You owe me a lunch. Dah la tu, jom,”

“Sorry, aku tak ada selera la,”suara Nurain kedengaran menahan sebak.

“Pantai, jom?” Ikmal tahu Nurain tak akan menolak ajakkannya kali ini. Nurain yang selalu beria-ria hendak ke pantai ketika dia stress menyiapkan thesisnya dulu.

“Jom,”



Bersambung....







No comments:

Post a Comment