Tuesday, December 7, 2010

sekolah oh sekolah: skolah menengah (PART 1)

Setakat ni, dalam adik bradik aku,aku dengan adik aku yg bawah aku ni ja la yg tukar time skolah menengah. zaman skolah aku kt SMKSAB tak banyak sangat yg aku buat. seingat aku, kenakalan aku time tu la menjadi-jadi. memang ni zaman jahiliah aku la.. huhuhu

masa form 1 aku baik sikit, masa form 2 la yg banyak buat pasal. nama aku penah announce jadi pemidato terbaik dalam 1 event ni, dalam minggu tu jugak aku kena panggil dengan cikgu disiplin sebab gadoh dengan member. huhuhu.. memang tak matang la member aku tu. aku tak maw kawan bleh plak dia panggil mak bapak dia pi skolah.. haishh.. masa form 2 ni jugak la aku mula suka keluar2 town dengan member2. pakai baju skolah lak tu.. ponteng tuisyen.. huhuhu.. jahot woo.. tapi dalam semua member2 aku, 1 ja aku tak ikut. COUPLE.. jiwa aku memang tak leh nak trima benda2 ni. bagi aku semak minda.. member2 aku ni pon sampai dah paham.. bila ada orang nak kacau aku, dak2 ni lak yang tolong backup aku.. aku pon tak sangka mulanya.. huhuhu~

masa form 3 aku mature skit la.. dah nak exam kan.. so aku dah insaf skit la.. member2 form 2 pon aku dah tinggal. aku dok sorang2 tak pon aku lepak dengan budak2 nerd.. memang sabar la nak tunggu sampai PMR. aku ni bukan tak ingat kawan or anggap member2 aku ni jahat. tapi mana tahan, time exam nak meniru, time kelas dok bluetooth lagu. lingkop r study kalau lama2 camtu. yang buatkan aku insaf tiba2 bila abang aku straight A dlm PMR.. kecut aku time tu kalau tak dapat lawan abang aku.. tapi seriously, aku rasa agak menyesal sebab tak start benda ni dari mula. sebab dah terlambat baru aku nampak potensi aku dalam pelajaran.. tapi aku bersyukur sebab aku tak la terlalu lambat nak fokus kat study. ALHAMAMDULILLAH, result aku antara yang terbaik