Sunday, April 7, 2013

Kenapa dengan Course Perikanan?

Assalamualaikum.. rasa lama tak masuk sini dan  rasa nak menulis sesuatu. tapi bila aku tengok entry lama aku balik, aku rasa menyampah dengan diri sendiri yang kelihatan bodoh ketika itu.. herr.. nampak perbezaan umur yg dulu aku langsung tak matang.. :D

So, aku yang pemalas nak menulis ni pon mengagahkan diri untuk menaip entry yg dh lama aku nak tulis ni.. *Sorry intro panjang

Aku ni, bukanlah student terbaik dalam kos aku, yakni perikanan.. tapi rasa terdetik lagi terpetik dalam hati untuk menulis dan menceritakan apa yang aku rasa.. sebab, apa yang aku nampak dan aku perhatikan, ramai yang memandang rendah terhadap kos aku ni.. ya ya, anda budak hebat, dan kononya lepas grad terus ada orang nak amik hampa keja (as if)..

Teringat peristiwa Liyana dan Diyana sedang berbincang dengan setiausaha kat sebuah fakulti dalam universiti aku.. masa tu budak2 ni tengah dlm proses tukar cos.. then, setiausaha tu cakap, awak ni nak tukar perikanan nanti nak kerja apa, kerja kat supermarket ka?

Sila tahan aku kalau aku nak jumpa dia

Tapi, aku harap sangat wahai cik/puan belagak yang kerja bagus baca entry aku kali ni.. dan semestinya entry ni sahaja

FYI, aku dah masuk tahun keempat dalam bidang perikanan.. sebenarnya masih setahun jagung.. banyak lagi yang belum belajar dan teroka seluas lautan

Dulu, masa mula-mula aku masuk diploma, aku pun pelik, kenapa aku pilih cos ni.. mungkin sebab dulu masa sekolah aku amik subjek agroteknologi dan biology.. dan masa pilih cos kat UPU, aku rasa comel plak UMT ada 1 cos ja diploma.. errr, mohon jangan contohi perangai sebegini..

Then, bila aku dah terpilih ke cos yang comel ini, ramai yang kata:

'Biaq betik, ni dapat cos lelong ka apa'

'Ang nanti nak keja apa, jadi nelayan ka'

'Kalau nak beli ikan buleh murah la beli kat ang kan?'

Trust me, these are normal questions until now.

 Sedikit sebanyak membuatkan aku malu untuk mengaku bila orang tanya pasal cos aku.. masa tu, kami belum didedahkan dengan subjek-subjek perikanan.. fyi, masa 1st year diploma, kami banyak didedahkan dengan subjek2 basic ala-ala SPM, macam maths, ekonomi, chemistry, biology, computer dan beberapa subjek yang pelik lagi..

sehinggalah bila masuk ke tahun dua, aku mula rasa seronok untuk belajar dalam bidang ni.. banyak field trip, banyak lab yg menarik and banyak pasal benda-banda baru yang aku belajar..


Pulau Bidong, Pusat Penyelidikan UMT.. Snorkeling melihat coral kat sini best !


mungkin orang dengar ja nama cos peikanan, mindset terus belajar pasal ikaaaannnn jaa..

No way!! kalau macam tu, tak perlu kot, sampai 3 tahun belajar.. and kalau macam tu, kompem tiap-tiap sem aku 4 flat.. errr

and above all, kenapa wujud bidang perikanan kat universiti tambah-tambah lagi peringkat ijazah, kalau bidang ni tak penting untuk negara?

Sebenarnya, bukan semata-mata ikan.. ikan tu tak dok sorang-sorang la kat laut tu.. dia ada kawan-kawan dia jugak.. laut tu besaq kot.. dan dalam dunia ni, berapa percent laut berapa percent darat? 70% tu banyak kot.. kalau yang rasa tak banyak tu aku rasa kawasan bertakung penah dia tengok mesti lubang jamban rumah dia ja kan?

Aku belajar pasal hidupan dalam laut sekali.. dari sekecik-kecik plankton yang hampa tengok dalam cerita spongbob tu sampai la ke sebesar dugong kawan diana tu (maaf diana).. aku belajar pasal coral and other invertebrates, perkapalan dan termasuk jugak aquatic plants..dan setiap benda yang kami belajar, termasuklah life cycle hidupan tu.. kat situlah banyak benda-benda menarik yang aku dapat belajar.. mungkin ada yang rasa pelik, kenapa kami kena belajar pasal benda-benda ni.. sebenarnya, hang yang pelik.. ikan tu bukan duduk sorang-sorang kat situ.. kena belajar pasal ecology dalam tu supaya nanti anak-anak cucu kita nanti masih jumpa ikan di laut dan bukan hanya dalam zoo

And of course, banyak pasal ikan yang aku belajar.. ikan ni, rumit habaq hang.. bukan senang nak jaga dia.. tambah-tambah yang buat bisnes dalam akuakultur.. kena jaga dengan penuh kasih sayang..  sebab tu aku terpilih dalam cos ni.. betoi kan?

Estimated total number of fish species—32,500
Estimated valid species of fishes to end 2006—28.400 

( Joseph S.Nelson, Fishes of the world Fourth Edition)

Ikan ni, tak sama macam ayam itik yang kita tengok tu.. ayam itik berapa jenis ja kita pernah jumpa.. ikan ni, banyak gila species dan sampai sekarang masih ada species yang unidentified lagi.. tengok kat pasar dah la kan.. dan setiap jenis tu plak, perngai tak sama, ada yang pelik-pelik pun ada.. dan kami belajar cara-cara mereka-mereka ini berenang, cara bernafas, cara darah dia mengalir, bentuk badan, tulang, setiap lapisan muscle, penyakit-penyakit dia dan macam-macam lagi.. dan macam yang aku cakap tadi, ikan ni lain dari haiwan lain.. dia duduk dalam air.. pergerakkan dia, cara dia bernafas tak sama dengan haiwan yang duduk kat darat.



Bila orang tanya pasal kerjaya dalam bidang ni.. selalunya aku senyum ja.. terlalu banyak.. sampai kawan-kawan aku yang tengah further degree ni, dah ramai terpaksa tangguh dan berhenti belajar sebab dapat tawaran kerja.. masa aku sembang-sembang dengan orang dari jabatan perikanan, dia cakap kat situ boleh buat reunion UMT sebab mostly student UMT yang kerja kat situ.. then, kt UMT sendiri, payahla nak jumpa lecturer yang ada master.. mostly phd.. kalau yang master pakat kena sambung study.. and ada lecturer yang tak sampai 30 tahun dah ada pangkat 'Dr.' kat depan nama.. student yang tengah further master dan phd pun berlambak-lambak.. yang buat bisnes pon ramai.. kawan aku yang habis diploma sama pun ada 2 orang buat ternakan udang galah. untong bersih sekali harvest rm10k habaq ang.. mungkin sama dengan gaji setiausaha yang aku mention tadi kot?

Kat Jepun, ada universiti yang memang khas untuk perikanan, kat Indonesia dan Thailand pon.. even, masa aku melawat kat Vietnam tahun lepas pun, kedua-dua universiti yang aku melawat ada fakulti perikanan.. kat Rusia, kajian pasal ikan dan buat bertahun-tahun dulu sebelum kita merdeka lagi.. malah, data yang  dia dapat, sampai sekarang masih sama dan diguna pakai..

Faculty of Aquaculture and Fisheries, Can Tho University


Kat Malaysia, hanya ada dua universiti yang ada cos ni.. UMT dan UPM cawangan Bintulu.. tu pun, dah dipadang rendah oleh masyarakat.. alasan, kerja tak standard, tak modern, tak boleh melawa.. perkara yang sama dihadapi oleh budak-budak yang ambil bahagian pertanian..

Prof Faizah pernah cerita kat kami pasal lawatannya ke Rusia dulu.. Rusia hebat sampai ke bulan, teknologi canggih... tapi bidang pertanian dilupakan.. akibatnya, di supermarket, susah nak jumpa sayur-sayur segar.. hanya wild mushroom ja yang banyak kat sana..

Tapi, tak semua masyarakat pandang rendah dengan cos aku ni.. ramai yang bijak memikir sampai aku pun tak terfikir seperti yang mereka fikir.. dan paling best, reaksi tokwan aku bila aku dapat cos ni:

"Bagus la dapat perikanan, hari-hari orang makan ikan"

Mungkin tak semua yang sedar pasal ikan di laut yang makin berkurangan dan tak sedar ikan adalah sumber protein utama manusia..

Semoga satu hari nanti ramai yang sedar

Konvo Diploma.. insyaALLAH konvo degree tahun 2015


P/s: We can eat fish and chips, but we cannot eat computer chips (Prof Emeritus Dr Faizah Sharom)



32 comments:

  1. thanks kongsi pendapat.. ^^,

    ReplyDelete
  2. nice....nak tanya kalau course akuakultur lebih kurang mcm perikanan gak ye?

    ReplyDelete
  3. mostly mmg mcm tue respon masyarakat m'sia nie klu dgr kos2 yg x glamer mcm perikanan, pertanian, penternakan etc... tpi sbenarnyer kos2 mcm nie lar mnjadi tulang blkang negara. hanya orng2 terpilih jer tau kepentingan kos nie. so, nk tanyer subjek2 dlm kos nie mostly dlm eng ke n blh tak cerita lbh sikit psl subjek2 kos perikanan nie n syarat kelayakan utk join.

    ReplyDelete
  4. Serious best ke kak? I got the same course but still confius nak pergi ke tak

    ReplyDelete
  5. Akak sa'adahh.. tengah2 duk cari info utk gtau adik2 nanti mjm nanti tup2 jumpa akak punya blog. Mintak halal kan yer serba sedikit utk gtau dorang nanti. Maklumla awal2..msti ramai ada masalah. Btw..seriusly akak punya thinking hebatt bebeno.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan punya blog, saya rasa minat sangat dengan pendapat yg awk cerita pasal kos perikanan. saya ni memang minat nak kaji pasal hidupan2 nih. hehehe. lagipun, bukan senang kan nak jumpa orang yg share pasal course perikanan nih. saya nak tanya, lepas habis diploma perikanan nih. kalau nak sambung degree, kena amik degree apa ye ?? n...belajar course nih kena pakai duit byk ke ?? harap sudi balas. thanks :) - Azlan

    ReplyDelete
  7. hmmmmm,kalau nak ambil biologi maritim kne amik diploma perikanan dulu en

    ReplyDelete
  8. wow..tringt plak pegi trip kat plau bidong dgn student umt thun lpas..dpt brmalam dlm kapal rv then tgok diorg operate sea urchin,cot n etc.
    nk tnya..rsult sya bio B,kimia B ,fzik C+.dan yg lain sume kredit. tapi BI shja sya dpt D .
    bolehkak saya amik kos ni?layak x dgn kputusan sya tu? sy spm 2014 .mohon bls :) tq

    ReplyDelete
  9. waaa akk thanks for sharing. sy pun incoming nk masuk situ sbb time isi upu perasan jgak umt se je dip. comel pulak tu. kikikiki

    ReplyDelete
  10. akak nak tanya nanti dah habis belajar diploma/degree dapat kerja apa? sy minat sngat dgn kos ni. sbb saya suka blajar pasal alam, ikan semua.

    ReplyDelete
  11. kak nk tnya kalau nk cari kerja..selalunya kt jabatan2 perikanan dan nk tnya bdang kerjaya nya mudah dpt tk

    ReplyDelete
  12. kak nk tnya kalau nk cari kerja..selalunya kt jabatan2 perikanan dan nk tnya bdang kerjaya nya mudah dpt tk

    ReplyDelete
  13. kak nk tnya kalau nk cari kerja..selalunya kt jabatan2 perikanan dan nk tnya bdang kerjaya nya mudah dpt tk

    ReplyDelete
  14. Assalam..kak nk tnye..bljr diploma perikanan sekali ngn degree bape tahun?

    ReplyDelete
  15. Nak tnya..sya lepasan spm2014..dapat course perikanan di UPM.Serawak..susah tak belajar course ini..?..

    ReplyDelete
  16. akak kalau saye buat rayuan upu amik kos perikanan bolrh dapat ke kak

    ReplyDelete
  17. kippidap... batch bila ni??ex dip 2012/13

    ReplyDelete
  18. Wahh bestnya. Saya pun dapat kos sains perikanan dekat UMT jugak. Tak sabarnya nak belajar kat sana.

    ReplyDelete
  19. Wahh macam best jeeer. Saya pun dapat sambung degree kos sains perikanan jugak, Tak sabarrnyee kite nak belajar sana.

    ReplyDelete
  20. Wahh macam best jeeer. Saya pun dapat sambung degree kos sains perikanan jugak, Tak sabarrnyee kite nak belajar sana.

    ReplyDelete
  21. Wahh macam best jeeer. Saya pun dapat sambung degree kos sains perikanan jugak, Tak sabarrnyee kite nak belajar sana.

    ReplyDelete
  22. Wahh macam best jeeer. Saya pun dapat sambung degree kos sains perikanan jugak, Tak sabarrnyee kite nak belajar sana.

    ReplyDelete
  23. Assalamualikum, Im sorry for not responding in a long time. I answered all the questions in my next entry. Many thanks :)

    ReplyDelete
  24. assalamualaikumwbt..mujur jumpa blog akak

    ReplyDelete
  25. assalamualaikumwbt..mujur jumpa blog akak

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,nasib jumpa blog ni.Saya nak tanya klau ambik kos ni kna blajar pasal chemy bnyak x?

    ReplyDelete
  27. kalau diploma, tak banyak sangat just yang fundamental ja. Kalau sambung degree aquaculture, yes kena amik biochemistry. Good Luck anyway :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum
    anak makcik dpt course ni...dia gelak je..huhuhuhu
    mgkin dia rasa mcm tak best...cmne nk nasihatkan dia?
    boleh kamu bantu nasihatkan dia terima course ni

    ni email makcik...syikin37@gmail.com
    nanti blh bg contact no
    terima kasih

    ReplyDelete
  29. Salam akak orng yg brcrmin mata blh tk ambik kos ni..sbb takut nnt susuh nk lakukn aktiviti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bercermin mata :) okay jaa

      Delete
  30. nak tanya. spm subjek apa yang kene score untuk dapat course ni?

    ReplyDelete