Monday, September 14, 2015

Aku, UMT dan Perikanan

September 2015

Assalamualaikum. Howdy readers!
Ya Allah, aku dah lama sangat tak bukak blog ni. Tapi tak sangka bila aku bukak semalam, dah 23 komen pasal entry aku “Kenapa dengan Course Perikanan?”

Okeh, aku cuba jawab slow2. Tapi memandangkan banyak soalan, aku decide untuk bukak satu entry baru mengenai perikanan ni. Baru aku tahu, sebelum ni, tak ramai yang tulis pasal perikanan ni.
Ok ok

So, aku dah cerita macam mana aku pilih course ni time Diploma dulu. Mula-mula, masa aku masuk UMT, aku rasa macam betul kah keputusan aku ni. Time tu aku dapat tawaran matrikulasi jugak. Tapi entah kenapa, aku rasa aku sangat minat dengan UMT sebab bila google maps UMT ni duduk betul2 sebelah pantai. Trust me, benda yang paling aku rindu dengan UMT sekarang ni sebab pantai kat Terengganu ni even most of East Coast beaches memang cantik baq hanggg ! Aku ni,biasa kat Kedah ada Pantai Merdeka ja. Air dia pun tak adalah sebiru air kat pantai-pantai sini. So, bila aku dah biasakan diri kat sini, aku jadi terlebih over excited plak tengok pantai dia. And disebabkan aku ni Cik Nurrus si kaki makan, aku ni memang food hunter la. Tiap2 minggu ada ja port baru nak try.

For those yang teringin nak food hunter, nanti aku cerita tempat mana bagus-bagus untuk makan. Tapi ni based on personal taste la. Maybe taste hampa semua tak sama ye dokkk. Tapi nanti nanti la tau. Aku cuba jugak tulis pasal ni nanti.

Ok ok

So aku cerita daripada diploma la yep. Oh, lupa. Masa zaman aku dulu, diploma 3 tahun, but since 2014 onwards dah dipendekkan menjadi 2 tahun. Kira untuk la hampa yang baru nak masuk ni. Untuk first and second semester, kebanyakkan subjek adalah mengenai basic science dan jugak basics in fisheries. So, kira macam intro la. Then bila dah second year (Semester 3 and 4) you guys akan start belajar yang detail sikit pasal fisheries ni. And ada beberapa mini project yang you guys kenal handle untuk basic aquaculture (Aquaculture is culture of fish include fish, shrimps, crab etc). So, untuk batch aku, kami diberi task untuk culture ikan keli dan udang galah. In second year ni jugak, you guys dah kena ada matlamat. Sama ada nanti bila dah degree, nak sambung course aquaculture atau fisheries. Ok, pasal ni aku cerita jap lagi.
Ok, lepas habis empat semester ini jugak, you guys akan ada latihan industri. Kira apa yang kita belajar kita kena praktikal kat sini la. So, nanti kita diberi list untuk buat pilihan tempat-tempat yang kita berminat untuk praktikal. Mostly, orang akan pilih tempat yang dekat dengan rumah. Tapi, ada jugak yang suka berjalan, dia akan pilih tempat yang jauh dari rumah. And of course, tempat-tempat ni tak semestinya dalam Malaysia. Kita boleh mana-mana university di luar Negara yang mana UMT ada buat MOU. Common countries: Indonesia, Japan Thailand and Vietnam.

Hah, satu lagi, masa diploma you guys jangan risau. Kita tak kena buat thesis lagi. Nanti masa degree, ha hampa bercinta la dengan journal bagai untuk siapkan thesis.

Ok, for those yang dah pilih tempat praktikal swasta mungkin akan diserap masuk terus kerja. Bagi yang berminat nak sambung belajar, kenq apply semula UPU. And make sure dah siap MUET. Ok, bagi yang masih confuse, apa beza course Aquaculture dan Perikanan, dalam syllabus ada juga subjek yang sama macam subjek-subjek basic pasal ikan la. Cuma, dalam aquaculture lebih menekanan pasal culture la. Contoh pasal culture plankton, pasal ekonomi akuakultur and beberapa subjek pasal fish culture. Dan for fisheries, aku banyak belajar pasal kelautan. Termasuklah haiwan-haiwan yang berkenanaan dengan laut ni. Contohnya, pasal oceanography biology, pasal mangroves, seaweed, environmental impact, and beberapa subjek pasal kualiti air specifically, pasal pollution la. And of course, wajib buat final year project (thesis) dan latihan industry.

Tapi tapi tapi
Tak semestinya, hampa dah amik Diploma Perikanan, maknanya dua subjek tu ja boleh pilih untuk sambung degree. Ada ramai jugak junior mahupun sekelas pilih course lain. Ada yang pilih biodiversti, sains biologi, biologi mari, marin science, fodd technology dan beberapa course art lain. Maknanya, nanti bila dah masuk diploama perikan, and hampa rasa tak minat dengan course ni, boleh ja nak amik course lain. Tapi, mostly memang sambung perikanan dan akuakultur la.

Antara subjek bidang minor lain dalam perikanan ni: permakanan ikan, pemprosesan produk akuatik (kelas makan2 ni), parasitology, virology, bacteriology, histology, ecology, invertebrates, vertebrates, microbiology dan banyak lagi laaaa gy gy gy tuuu.

Dan dan dan,
Aku nasihatkan, hampa semua nanti join la program-program dalam UMT ni. Sepanjang aku kat sini, terus terang aku cakap, dah lima kali aku ke luar Negara. Indonesia, Vietnam dua kali, kemboja and Thailand. Dan semuanya di taja sepenuhnya. Means bawak duit nak beli cenderamata sajaaa. Macam mana aku buat? Maybe ke bukak entry baru kot nanti. Hehe.

Kalau sebut pasal kerjaya, memang rezeki tu ada kat mana-mana. Yang aku Nampak dalam bidang ni kebanyakkan dalam sector swasta la. Kena pandai cari tempat latihan industry yang boleh offer terus kerja. At least dah ada pengalaman nanti, boleh la start cari tempat yang lebih baik. Bagi aku, mula-mula mungkin boleh timba pengalaman pasal cuture ni. Lama-lama mungkin dah buleh bukak company sendiri ye dokk.

Bagi yang nak sambung master plak, kena plan sama ada nak sambung coursework atau research. Untuk research, hampa kena masuk kelas la selama setahun setengah. Kalau untuk research bergantung kepada hampa la. Kalau rajin siap awal. Kalau malas, bertahun laa nak grad.

So, actually semua ni atas diri kita. kalau hampa confuse nak pilih course ni sebab malu dengan perkataan ‘ikan’, cuba bukak peti ais kat rumah ! ikan ada takk? Selalunya mesti ada, kan? Terus terang aku cakap, sepanjang enam tahun aku dalam bidang ni,  masih banyakkkkk benda aku tak tau. Sebab banyakkkk sangat benda dalam perikanan ni.

Insha  Allah another 18 months for my master. Doakan aku, insha Allah aku doakan yang terbaik untuk hamppaaa nohh !






3 comments:

  1. Hai akak... sy junior akak... ermm cite laa pasal fyp pulak...sy fyp sem depan tp still bengong takde arah tuju ni

    ReplyDelete
  2. Yuran pengajian mcm mne ea??

    ReplyDelete
  3. http://beki-kputer-intenet.blogspot.my/

    Baiki Komputer & Penyelesaian Masalah Internet Kawasan Gong Badak, UMT & Unisza ( 019-9988215 )

    ReplyDelete