Tuesday, March 1, 2011

saya pemilih??

Dah lama gila la aku tak jengok2 blog ni.. almaklumlah, sibok round Malaysia ni.. tak taw la camna bleh jadi, tapi lepas 2 minggu yang busy sebab run 3 program, bleh lak pastu aku join trip ke johor.. then 2 hari pastu aku join trip ke KL and perak.. balik ja dari perak, petang tu gak aku ada sampling kat kenyir.. ni sengaja sibok ke ter disebokkan? Huh? lalalalala

Sebenarnya aku ni mengantok.. tapi aku rasa nk tulis gak post kali ni.. bukan pa, masaalah itu kan ibarat kentot, jika ditahan sakit, dilepas lega rasanya.. hehehe
---------------------------------------------------------
Merujuk kepada situasi geng2 aku skrg ni, kami berenam (K.A.M.I) adalah single mingle.. ha, sapa yg rasa nk mengejas tu silakan lah.. 2 singgit.. hehe..

payah tol kalau kapel ni... kawen trus kan senang.. acece senang kah?

Maka, tetiba aku disoal, Cik nurrus, cik nurrus... awak ni memilih sangat ka sampai still single ni.. angkat 1 geng plak tu... yes, soalan yg sangat bijak... memilih? aku memilih kah? nope.. aku bukan memilih orang, tapi aku memilih untuk hidup single.. ini pilihan aku..

kalau la aku ni memilih, tak kan la si abang yg tak nsem tu aku leh lak dok admire gila2 smpai gila.. haha.. admire ja pon.. main2 ja... macam tak biasa.. huhuhu...

cakap soal pilihan pasangan, aku sbnrnya terus terang yg aku masih tak fikir dengan sapa yang aku nak jadikan pasangan hidup.. that's why, bila aku reject someone, it was not because of him, but because of me..

honestly, aku ada kisah hidup aku, aku pernah rasa sakit mengharap.. it was a cruel feeling.. so now, aku tak mau and tak kan ulang benda yang sama.. sudah la semua itu.. acece jiwang lak malam2.. hihihi

and another point is (mcm karangan masa spm dulu lak.. huhu) aku rasa aku ni sapa la kan nak memilih ni.. kalau la aku ni cantik sangat cam bunga cinta lestari, boleh la aku pilih ashraf sinclair yg nsem tu.. tapi apakah daya, aku hanyalah seperti ning baizura ketika dia melakonkan watak puteri gunung ledang kerepot dlm cita magika....

kalau la aku ni seorang yg alim macam kak su surau 2, boleh la aku pilih laki yg alim macam abg man pengerusi surau tu...tapi apakah daya aku sekadar ahli usrah yg selalu ponteng usrah sbb nk pi giant utk beli keropok giant pelbagai flavour..

kalau la aku seorang yang bijaksana seperti seperti kazen aku yg dokter 2, boleh la aku pilih macam suami dia yg jugak dokter 2.. tapi apakah daya, aku sekadar student universiti yg hanya membuka nota2 sehari sebelum test akibat terbukak FB selama seminggu sebelom test...

itulah aku.. aku yg biasa.. xyah nak pilih2.. aku ni pon bukan org pandang sgt.. bukan di pilih sangat.. bagi aku cukuplah sekdar seseorang itu yang mampu mendidik aku n membuatkan aku tersenyum =)