Tuesday, December 28, 2010

TUHAN BERIKAN AKU CINTA ;)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

saya rindu dia (T_T)

perh.. agak lama la kan aku tak bukak ini blog.. busy skit la cuti sem ni.. mcm2 tempat aku p.. besh3~,,, lagi 1 aku mls nak bukak blog ni... follower tak da sbb aku tak inform kat follower blog aku yg dulu.. aku malas bukak dah blog tu.. benci3~

anyway cuti ni aku banyak gak la jalan2.. mentang2 seminggu aku terlantar sbb demam, 2 minggu aku drive ja merata tempat.. haha.. tp kalau dah cuti aku rasa smua yg still ada atok or nek kt kampong mesti blik punya, at least once kn.. cuti ni pon aku dok balik gak kampong aku.. almaklumlah, tok aku dah lebih kurang 3 bulan jadi balu.. rumah aku dengan rumah tok aku ni dekat ja.. dalm 15 minit aku drive smpai la.. sbb tu kerap gak aku ulang-aling pi sana.. lagipon tok aku kurang sihat skrg ni...


aku kesian tgok tok aku tu.. time smbahyang maghrib n subuh slalu aku tengok dia nangeh2 time doa.. aku taw, dia rindu tokwan aku.. yala,, dh lama hidop sama2.. mcm2 dh jadi.. tup2 org 2 dah takda.. mesti sangat sedih an.. seriously, aku rasa terkilan sampai skrg coz tak balik kampong time tokwan aku meninggal.. time tu aku ada kat UMT lagi and sangat banyak keja+test esoknya.. mak aku pon tak bagi aku balik.. katanya,, kot mana pon kakak duduk, kalau tak da halangan, doa akan sampai punya.. betoi gak tu kan..
seingataku hari 2,, hari yang aku rasa langsung tak tenang.. kalau takda keja, slalunya bru aku lepak library sorang2 4 revision.. bagi aku libry ni tempat aku rasa life aku sorang2.. rasa tenang ja dok sana.. n minggu tu aku sangatt pack sbb aku jadi pengarah program dlm 1 event ni.. aku ingat g, ari2 ari jumaat.. kepala aku dok pening2 g sebab malam 2 aku ada meeting sampai kul bapa aku tah.. nasib baik terengganu jumaat cuti.. tengah aku lepak atas katil, hanpon aku pon bunyi. adik aku mesaj cakap tokwan aku dah tenat.. trus aku bangun katil.. temenung jap.. dalam hati aku cakap,, jangan la minggu ni.. tapi aku taw, aku ni sapa la yang nak lawan takdirNYA..

pastu aku bangun and aku terus letak file event aku yang tebal tu atas rak.. aku decide, arini aku takmaw pikir pasal ni.. pas zohor aku terus gerak ke libry... cam biasa, aku amik bilik karel and duduk sorang2.. aku study, tapi aku rasa 2% ja masok time tu.. rasa tak sedap hati and rasa nak balik.. nak balikkkk!!!!tapi mama aku tak bagi.. nanti susah plak aku nak balik UMT nanti.. hurmm..

aku pon stay lakt libry 2 smpai malam.. then, adik aku call,, kakak, tokwan dah takda.. time tu aku tengah turun tangga coz nak balik hostel dah.. terduduk aku kat ruang baca paper 2.. tapi aku tak nangeh pon.. aku trus jalan kaki balik hostel.. masa tu awal lagi, dalam lepas maghrib... so tak ramai la kat sekitar kampus 2.. angin pon bertiup sangat la kuat...apa lagi.. nangeh la ku sorang2 sambil jalan.. huhuhu..

so masa study week baru aku sempat balik.. seminggu la aku kat kampong.. rasa sayu ja tengok tiap sudut rumah tok aku tu.. banyak sangat kenangan.. aku ni dulu kecik2 suka kena tinggal duduk rumah tok aku ni.. so aku agak rapat dengan tokwan aku ni n aku ada ada gelaran yang tok wan aku bagi.. "KAK TIH" arwah sorang ja panggil aku nama tu sbb kecik2 aku ni putih ja.. sampai sekarangkalu aku teringat ja tokwan aku, aku rasa sebak sangat2.. ada air mata yg nk kluar.. tambah lagi, mengingatkan aku antara orang yang dia kenal masa dia sakit dlu(time dia sakit dulu anak sendiri pon dia tak ingat nama dah), siap ingat lagi aku study kat terengganu.. hurmm,, sunggug aku rindu arwah tokwan.. AL FATIHAH

Thursday, December 9, 2010

sekolah oh sekolah: skolah menengah (PART II )

tanggal 27 Februari 2007.. aku mendaftarkan diri di SMT Pendang, STEP (kini Kolej Martikulasi Teknikal Pendang). Ni la first time aku dok kt hostel. mula2 aku rasa sangat tak best masuk sini. sebab aku sebenarnya cadang nak stay dengan mak cik aku, memerangkap cikgu biologi STEP ni. tapi, skolah ni wajib semua dok hostel. ya la, skolah ni teramatlah besar sampai 600 orang duduk pon 10 dorm kosong lagi. skolah ni baru ja bina. time aku masuk, nombor student aku 1522. aku adalah bach ke 4 iaitu batch 2nd last sebelum STEP diisytiharkan sepenuhnya Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang

View kt STEP:


Asrama pompuan, bilik aku tingkat 3


Asrama Lelaki, masa aku form 4 punya la kotor, start aku form 5 semua pakat lawan nak bagi dorm paling cantik


Rumah warden


bumbung DM


"1 million STEPS begin with 1 single STEP"


meja dalam kelas

KU TINGGALKAN CINTAKU DEMI ALLAH

Sedang sibuk-sibuk tengah final aritu, kadang2 saya sempat jugak meng'explore' ke blog2 orang lain. pantang gap banyak ari sikit mula la nak tinggal buku jap. So tengah dok explore tu, saya tertarik dengan sebuah artikel yang dipetik dalam 1 blog:

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

Cikgu oh Cikgu

Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing...

Guru A:Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Guru B: Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Guru A: Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

badak dan munyet...

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

ATOK DAN CUCU

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???"
(Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua selalu pi surau, tapi atuk selalu ngadap internet mcm saya jugak?"

Atuk: "?...?...?...?...?...? (hehe... malu-malu)"

Wednesday, December 8, 2010

Doa Seorang Sahabat

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"


Moral :

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"

PEMBURU YANG TAMAK

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.
Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"
Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"


Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."
Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.


Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

12 SIFAT SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



"Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari.."

Tuesday, December 7, 2010

sekolah oh sekolah: skolah menengah (PART 1)

Setakat ni, dalam adik bradik aku,aku dengan adik aku yg bawah aku ni ja la yg tukar time skolah menengah. zaman skolah aku kt SMKSAB tak banyak sangat yg aku buat. seingat aku, kenakalan aku time tu la menjadi-jadi. memang ni zaman jahiliah aku la.. huhuhu

masa form 1 aku baik sikit, masa form 2 la yg banyak buat pasal. nama aku penah announce jadi pemidato terbaik dalam 1 event ni, dalam minggu tu jugak aku kena panggil dengan cikgu disiplin sebab gadoh dengan member. huhuhu.. memang tak matang la member aku tu. aku tak maw kawan bleh plak dia panggil mak bapak dia pi skolah.. haishh.. masa form 2 ni jugak la aku mula suka keluar2 town dengan member2. pakai baju skolah lak tu.. ponteng tuisyen.. huhuhu.. jahot woo.. tapi dalam semua member2 aku, 1 ja aku tak ikut. COUPLE.. jiwa aku memang tak leh nak trima benda2 ni. bagi aku semak minda.. member2 aku ni pon sampai dah paham.. bila ada orang nak kacau aku, dak2 ni lak yang tolong backup aku.. aku pon tak sangka mulanya.. huhuhu~

masa form 3 aku mature skit la.. dah nak exam kan.. so aku dah insaf skit la.. member2 form 2 pon aku dah tinggal. aku dok sorang2 tak pon aku lepak dengan budak2 nerd.. memang sabar la nak tunggu sampai PMR. aku ni bukan tak ingat kawan or anggap member2 aku ni jahat. tapi mana tahan, time exam nak meniru, time kelas dok bluetooth lagu. lingkop r study kalau lama2 camtu. yang buatkan aku insaf tiba2 bila abang aku straight A dlm PMR.. kecut aku time tu kalau tak dapat lawan abang aku.. tapi seriously, aku rasa agak menyesal sebab tak start benda ni dari mula. sebab dah terlambat baru aku nampak potensi aku dalam pelajaran.. tapi aku bersyukur sebab aku tak la terlalu lambat nak fokus kat study. ALHAMAMDULILLAH, result aku antara yang terbaik

Sunday, December 5, 2010

sekolah oh sekolah: skolah rendah

dulu aku slalu dengar orang kata.. zaman persekolahan adalah zaman yg paling menyeronokkan.. aku tak percaya, sebab aku rasa sangat tertekan kat skolah.. nak siapkan homework, study, tambah2 lagi time2 exam.. rasa nk cepat2 ja habiskan sekolah.. tapi semakin lama, semakin aku rasa tak nak tinggalkan sekolah.. sekolah banyak menagajar macam2 benda.. banyak benda yang aku lalui sampai kadang2 benda yg sama jadi kat aku sekarang, aku dah rasa OK.. =)

Mama dengan ayah aku seorang guru di sekolah rendah. so, aku tadika dan sekolah rendah ikut mama dengan ayah aku la. masa sekolah rendah aku memang 'slow'. tak perform dalam study. maybe sebab aku sangat aktif dalam permainan. semua aku nk main.. aku ingat lagi, masa darjah 4, aku disuruh berdikari. so, aku ditukarkan ke sekolah lain. means, aku kena la pergi, rehat, dan balik sendiri. masa tu, abang aku pon ditukarkan ke sekolah yg sama (jarak umur kami dekat2 ja). aku ni memang nakal sikit.. pernah ja bertumbuk dengan budak laki sampai kena panggil dengan cikgu disiplin. tapi, aku buat la muka innocent skit.. terus budak laki tu yang kena rotan.. banyak kali gak la aku buat camtu.. huhuhu

tapi ada baiknya mama dengan ayah aku buat macam ni. since darjah 4 aku dah balik rumah dan masak nasik. nanti mama dengan ayah aku balik, beli lauk ja.. so, cepat sikit la aku nak ke sekolah petang. compare dengan adik2 aku sekarang ni, aku la kakak yang paling berdikari. thanks mama, ayah =)

tadi aku ada cakap yang aku ni suka join game macam2 kt skolah. aku pernah wakil bola jaring, bola baling dan yang paling aku minat bola tampar.. aku pernah wakil sampai negeri. time tu 2-3 bulan lagi nak exam UPSR. huh, padan la dengan result aku. huhuhu


ni team game aku.. kira kami tip top la time tu.. huhu